Banjir besar 2014 VS Final Exam :')









Hai korang! Lagi ngapain dong? (TETIBA CAKAP INDON) heeeee~ Kalau student degree mesti duk kalut dengan study bagai kan. Almaklumlahh. Final around the corner. Today aku rasa malas nak study (macam lah hari-hari sebelum ni study bagai nak rak). Otak aku asyik fikir pasal mangsa banjir and keadaan Malaysia sekarang. Ya Allah begitu kuat dugaanMu :'( , even rumah aku setakat ni masih dalam keadaan selamat tapi ada jugak perasaan takut sebab belakang rumah aku ada pantai. 




Sekarang aku dapat berita yang Kuala Lumpur pun banjir. Begitu jugak tempat aku belajar sekarang. Kalau aku nak balik ke Terengganu dr Perlis memang lalu Grik. Disebabkan jalan di Grik runtuh aku terpaksa ubah perjalanan pulang aku. Kalau jalan runtuh tu tak dibaiki lagi, memang aku balik ikut jalan Kuala Lumpur. Sekarang KL pun banjir. Macam mana aku nak balik. Serious otak aku pun dah serabut duk fikir masalah ni,




Classmate aku yang family dia sekarang terperangkap dalam banjir di Kuala Krai. Ya Allah kesian dia, Asyik post sedih-sedih kat group Whatsapp kelas. Nasib laaa classmates aku yang lain duk bagi semangat kat dia. Semoga kau terus tabah Izzati! :') Housemate aku pun terperangkap kat Kelantan sekarang. Nak balik UniMAP pun takboleh sebab jalan semua ditutup. Bekalan elektrik pun dimatikan. Betapa tabahnya diorang. 




Aku pun dah mula sakit kepala and mahu berehat sebentar. Diharap pembaca sekalian agar tidak putus berdoa supaya Malaysia terus selamat dari banjir besar :') Got to go. Kbaiiii love you all :*






3 comments:

zaleha awaluddin said...

Inshaa Allah semoga semuanya dlm keadaan baik-baik saja.
Didoakan kalian adik2 yg exam spjg musim banjir mendapat result yg terbaik
utk sem ni.

Salam perkenalan dari bekas pelajar
-Zaleha Awaluddin -

rashidmajid official said...

All the best with your final ;)
Mudah mudahan keadaan bertambah lebih baik selepas banjir. amin In shaa Allah

Farah Diana Yazid said...

Terima kasih semua kerana mendoakan saya & kawan-kawan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...