Jom tido awal malam ni :)




Haii korang. Ade sesiapa yang belom tido lagi tak? (cuba angkat kening sekejap)
Harini aku kena tido awal tapi dah terbabas sebab lalai sangat tengok movie "Lokum untuk Mama". Lakonan Zul Ariffin dan Ayda Jebat. Mesti hangpa kenal depa semua kan? Mane tak kenal. Hero dan heroin drama "Rindu awak 200%". Agak panas drama tu kan? Yelaaaaaaaa. Time aku daftar UNIMAP 1 September 2014 dulu ramai geng batch aku complain tak boleh tengok episod last drama ni. Yelaaa. Minggu tu kitorang busy dengan Majlis Minggu Suai Kenal. Letih yang teramat sangat sampai aku tak bercakap dengan housemate aku. Aku tegur roomate aku je. Hahahaha.



Guess what? Lepas je habis MSK tu kitorg terus ice breaking. hahaha ice breaking lah sangat kau. Sumpah diorang memang sporting dan happening giler. Aku sayang diorang sampai Syurga. 4 tahun akan ku kongsi hidup dengan diorang di Uniciti Alam. Alhamdulillah Ya Allah kau gantikan kesedihan aku dengan kawan2 yang happy macam diorang. (sambil tadah tangan)



Actually aku dah lari topik ni. Aku tido awal sebab esok kena bangun awal. (tetiba pulak kena bangun awal). Hahaha sebab esok aku kena pi kumpul kat stesen bas Kuala Terengganu. Aku and budak2 tahuun 1 degree dari Unimap akan naik bas bergerak ke Universiti Malaysia Pahang. Aku akan bermalam kat sana selama 3 hari untuk program pillars. 



Apakah itu pillars? Korang nak tau ke? Okayyyy pillars tu macam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti kepada pelajar mereka. Berdasarkan Unimap , untuk pelajar degree ade 7 pillars. So aku kena pegi 7 kali pillars untuk dapatkan segulung ijazah ! :) So , aku tak kisah lagipun best apa program ni. Boleh beramah mesra dengan orang kampung. (aku pun orang kampung). Maksud aku kampung lain. Aku pun berminat dengna aktiviti anak angkat. Nak sangat join :') Hmmm teringat pulak arwah mak angkat aku. Al-Fatihah (semoga mak tenang disana)



Okayyy laaaa guys. Dah berat kelopak mata aku ni. Aku tido dulu yaaaa kalian semua. Muahhh cikeddd :* Keep reading my post yaaa! See you alls next 3 days :) babaiiiiiii lapchuuuuu <3










Banjir besar 2014 VS Final Exam :')









Hai korang! Lagi ngapain dong? (TETIBA CAKAP INDON) heeeee~ Kalau student degree mesti duk kalut dengan study bagai kan. Almaklumlahh. Final around the corner. Today aku rasa malas nak study (macam lah hari-hari sebelum ni study bagai nak rak). Otak aku asyik fikir pasal mangsa banjir and keadaan Malaysia sekarang. Ya Allah begitu kuat dugaanMu :'( , even rumah aku setakat ni masih dalam keadaan selamat tapi ada jugak perasaan takut sebab belakang rumah aku ada pantai. 




Sekarang aku dapat berita yang Kuala Lumpur pun banjir. Begitu jugak tempat aku belajar sekarang. Kalau aku nak balik ke Terengganu dr Perlis memang lalu Grik. Disebabkan jalan di Grik runtuh aku terpaksa ubah perjalanan pulang aku. Kalau jalan runtuh tu tak dibaiki lagi, memang aku balik ikut jalan Kuala Lumpur. Sekarang KL pun banjir. Macam mana aku nak balik. Serious otak aku pun dah serabut duk fikir masalah ni,




Classmate aku yang family dia sekarang terperangkap dalam banjir di Kuala Krai. Ya Allah kesian dia, Asyik post sedih-sedih kat group Whatsapp kelas. Nasib laaa classmates aku yang lain duk bagi semangat kat dia. Semoga kau terus tabah Izzati! :') Housemate aku pun terperangkap kat Kelantan sekarang. Nak balik UniMAP pun takboleh sebab jalan semua ditutup. Bekalan elektrik pun dimatikan. Betapa tabahnya diorang. 




Aku pun dah mula sakit kepala and mahu berehat sebentar. Diharap pembaca sekalian agar tidak putus berdoa supaya Malaysia terus selamat dari banjir besar :') Got to go. Kbaiiii love you all :*






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...